Sunday, November 9, 2008

Vol. 06 Sikap Bekerja Untuk Berjaya

Seringkali kita mempersoalkan bilamana ada orang lain yang lebih berjaya daripada kita. Hingga kita sering beranggapan bahawa seseorang itu berjaya kerana pandai 'mengipas' atau mengmpu pihak perngurusan atasan. Sebenarnya, itu adalah tidak benar sama sekali. Apa yang paling penting sekali adalah SIKAP kita. Sikap yang positif sebenarnya menjadi kaya pengukur yang sebenar berbanding IQ.

Kali ini, BLOG LELAKI MASKULIN ingin berkongsi dengan anda akan 10 sikap yang perlu anda tanamkan untuk menjadi pekerja yang berjaya.

Tetapkan matlamat anda.
Sudah tentu matlamat utama anda adalah untuk mengecapi kesenangan dalam hidup. Ya! Itu saya setuju. Jadi, untuk mencapai matlamat tersebut, tentukan haluan hidup anda. Tuah dan kejayaan tidak datang bergolek. Anda tidak boleh tunggu.
Semua adalah boleh.
Tiada yang mustahil dalam mencapai kejayaan. Anda perlu singkirkan sikap negatif 'tidak boleh' dalam hidup anda. Untuk berjaya, anda perlu positif dengan apa yang anda lakukan.
Tiada alasan untuk melakukan yang terbaik.
Mungkin anda akan ditugaskan sesuatu kerja yang kecil atau kurang penting. Lakukannya dengan terbaik walaupun ia bukan bidang anda. Anda tidak akan tahu bila anda akan diberi perhatian. Jangan berasa rendah diri walaupun anda melakukan suatu tugasan kecil.
Ramah atau 'mesra alam'.
Anda tidak akan tahu bila mereka akan membantu anda. Jadi, perhubungan akrab adalah penting dengan setiap orang di sekeliling anda. Jangan menjadi katak di bawah tempurung. Peluang anda untuk maju setapak lagi ada pada mereka.
Buka minda anda.
Pemikiran yang sempit akan membuatkan anda merasa terbeban dengan tugasan yang diberikan. Secraa langsung ini akan merosotkan prestasi kerja anda. Seterusnya mencemarkan nama anda sendiri. Pekerja yang berjaya sentiasa akan memandang positif terhadap tugasnya walaupun dia tidak suka dengan kerjanya itu.
Hubungan luar pejabat.
Hubungan kerja tidak terhad ketika di pejabat dan dalam lingkungan waktu pejabat. Ia perlu dipanjangkan ke luar waktu pejabat. Anda boleh bersantai bersama-sama rakan pejabat anda. Contohnya bermain boling atau keluar makan. Bukan saja anda dapat melepaskan tekanan kerja, tetapi juga dapat mengekalkan rangkaian perhubungan anda.
Pastikan kualiti kerja.
Kerja sudah siap? Jangan terus dihantar. Buat semakan. Kemaskini bahagian-bahagian yang perlu. Tambah kualiti persembahan anda. Tentu saja ini akan memberi satu tanggapan yang baik dari pihak atasan.
Gagal bukan bermaksud tidak berjaya.
Tiada siapa yang tidak pernah gagal. Namun kegagalan itu bukan penamat kepada sebuah kehidupan. Anda tidak gagal sekiranya anda belajar dari kegagalan tersebut dan menjadi lebih maju. Tetapi anda sememangnya gagal kalau anda mengulang kesalahan yang sama.
Puji diri sendiri.
Anda adalah idola kepada diri anda. Mungkin orang lain susah untuk melihat bakat anda. Tapi anda boleh memberitahu mereka bakat anda secara tidak langsung melalui hasil kerja anda yang baik.
Awasi segala peluang.
Peluang datang hanya sekali. Pepatah yang selalu kita dengar. Jadi sentiasa peka terhadap persekitaran . Peka terhadap peluang-peluang yang akan muncul. Rebutlah peluang itu secepatnya.

Sekian saja perkongsian maklumat untuk kali ini. Salam jumpa lagi.

0 comments: