Sunday, November 9, 2008

0

Vol. 06 Sikap Bekerja Untuk Berjaya

Seringkali kita mempersoalkan bilamana ada orang lain yang lebih berjaya daripada kita. Hingga kita sering beranggapan bahawa seseorang itu berjaya kerana pandai 'mengipas' atau mengmpu pihak perngurusan atasan. Sebenarnya, itu adalah tidak benar sama sekali. Apa yang paling penting sekali adalah SIKAP kita. Sikap yang positif sebenarnya menjadi kaya pengukur yang sebenar berbanding IQ.

Kali ini, BLOG LELAKI MASKULIN ingin berkongsi dengan anda akan 10 sikap yang perlu anda tanamkan untuk menjadi pekerja yang berjaya.

Tetapkan matlamat anda.
Sudah tentu matlamat utama anda adalah untuk mengecapi kesenangan dalam hidup. Ya! Itu saya setuju. Jadi, untuk mencapai matlamat tersebut, tentukan haluan hidup anda. Tuah dan kejayaan tidak datang bergolek. Anda tidak boleh tunggu.
Semua adalah boleh.
Tiada yang mustahil dalam mencapai kejayaan. Anda perlu singkirkan sikap negatif 'tidak boleh' dalam hidup anda. Untuk berjaya, anda perlu positif dengan apa yang anda lakukan.
Tiada alasan untuk melakukan yang terbaik.
Mungkin anda akan ditugaskan sesuatu kerja yang kecil atau kurang penting. Lakukannya dengan terbaik walaupun ia bukan bidang anda. Anda tidak akan tahu bila anda akan diberi perhatian. Jangan berasa rendah diri walaupun anda melakukan suatu tugasan kecil.
Ramah atau 'mesra alam'.
Anda tidak akan tahu bila mereka akan membantu anda. Jadi, perhubungan akrab adalah penting dengan setiap orang di sekeliling anda. Jangan menjadi katak di bawah tempurung. Peluang anda untuk maju setapak lagi ada pada mereka.
Buka minda anda.
Pemikiran yang sempit akan membuatkan anda merasa terbeban dengan tugasan yang diberikan. Secraa langsung ini akan merosotkan prestasi kerja anda. Seterusnya mencemarkan nama anda sendiri. Pekerja yang berjaya sentiasa akan memandang positif terhadap tugasnya walaupun dia tidak suka dengan kerjanya itu.
Hubungan luar pejabat.
Hubungan kerja tidak terhad ketika di pejabat dan dalam lingkungan waktu pejabat. Ia perlu dipanjangkan ke luar waktu pejabat. Anda boleh bersantai bersama-sama rakan pejabat anda. Contohnya bermain boling atau keluar makan. Bukan saja anda dapat melepaskan tekanan kerja, tetapi juga dapat mengekalkan rangkaian perhubungan anda.
Pastikan kualiti kerja.
Kerja sudah siap? Jangan terus dihantar. Buat semakan. Kemaskini bahagian-bahagian yang perlu. Tambah kualiti persembahan anda. Tentu saja ini akan memberi satu tanggapan yang baik dari pihak atasan.
Gagal bukan bermaksud tidak berjaya.
Tiada siapa yang tidak pernah gagal. Namun kegagalan itu bukan penamat kepada sebuah kehidupan. Anda tidak gagal sekiranya anda belajar dari kegagalan tersebut dan menjadi lebih maju. Tetapi anda sememangnya gagal kalau anda mengulang kesalahan yang sama.
Puji diri sendiri.
Anda adalah idola kepada diri anda. Mungkin orang lain susah untuk melihat bakat anda. Tapi anda boleh memberitahu mereka bakat anda secara tidak langsung melalui hasil kerja anda yang baik.
Awasi segala peluang.
Peluang datang hanya sekali. Pepatah yang selalu kita dengar. Jadi sentiasa peka terhadap persekitaran . Peka terhadap peluang-peluang yang akan muncul. Rebutlah peluang itu secepatnya.

Sekian saja perkongsian maklumat untuk kali ini. Salam jumpa lagi.

Wednesday, October 29, 2008

0

Vol. 05 Lelaki Menangis Bila Putus Cinta

Mungkin ada setengah pihak merasa 'geli' dan ada setengah akan mengatakan anda perlu menangis. Terutama bila anda sedih. Kerana dengan menangis, hati anda akan tenang.

Kecewa bila anda putus cinta? Anda layak untuk kecewa jika hubungan cinta anda itu terputus sebab dia. Tapi, jangan sesekali meletakkan 100% kesalahnya ke atas bahunya. Mungkin ada silap juga di pihak anda.

Air mata lelaki mahal harganya. Menitiskannya adalah amat payah. Namun, jika menitis jua, tiada apa yang perlu anda malukan. Itu lumrah.

Lebih elok juga anda menangis hari ini kerana dikhiati cinta. Lebih baik dari anda ditinggalkan esok. Kerana esok cinta sudah lebih mendalam. Tentu lebih pahit.

Menangis juga kadang-kadang tak perlu sampai menitiskan air mata. Tapi, menangis di hati juga dapat menenangkan fikiran dan rasa.

Yang jelas, hidup adalah satu perjalanan. Jika anda dikecewakan. Itu adalah satu proses penyempurnaan diri anda.

Tuesday, October 28, 2008

1

Vol. 04 Bila Lelaki Jatuh Cinta

Lelaki selalu dikaitkan dengan kecurangan dan bermain kayu tiga. Tapi, tahukah anda. Bila lelaki benar-benar jatuh cinta. Dan cintanya itu benar-benar suci dan ikhlas. Sikapnya yang mungkin keras sebelum ini, akan berubah menjadi lembut dan sanggup berkorban apa sahaja untuk sang kekasih.

Maklumat berikut adalah untuk rujukan untuk kedua-dua jantina.
  1. Akan melakukan sesuatu dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.
  2. Sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan gusar jika kekasihnya dalam keadaan duka.
  3. Banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar.
  4. Sentiasa mengamil berat akan setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya sehingga jika disalah erti akan menganggap dia mengongkong kekasihnya.
  5. Berasa takut anda kehilangan kekasihnya.
  6. Gusar dan curiga sekiranya kekasihnya diganggu oleh lelaki lain.
  7. Tidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
  8. Mudah merasa cemburu dan sensitif jika kekasihnya tidak memberikan perhatian kepadanya.
  9. Berperangai seperti kebudak-budakan kerana mahukan lebih tumpuan dan bermanja.
  10. Menjadi rajin dan sanggup membantu kekasihnya dalam apa jua bentuk.
  11. Mudah merajuk atau buat-buat merajuk kerana mahu dipujuk.
  12. Tidak senang duduk kalau kekasihnya berada di tempat yang jauh dan tidak dapat berjumpa dalam waktu yang agak lama.
  13. Keselamatan kekasihnya adalah keutamaannya.
  14. Mementingkan kekasihnya berbanding dirinya.
  15. Sentiasa memberikan kata cinta dan bertanya adakah kekasihnya masih menyintainya kerana takut kasih sayang antara mereka luntur.
  16. Tidak akan melayan wanita lain kecuali mempunyai urusan penting.
  17. Meluangkan masa untuk kekasihnya walaupun mengorbankan masanya sendiri.
  18. Memuji kekasihnya di depan orang lain.
  19. Akan merasa serik untuk bercinta lagi andai kekasihnya meninggalkannya dan sentiasa berharap kekasihnya kembali kepadanya.
  20. Apabila kekasihnya ada orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan kembali cintanya.
  21. Menganggap kekasihnya sebagai orang yang boleh dipercayai termasuk menyimpan rahsia.
  22. Tidak akan berlaku curang. Kalau dia curang. Itu bukan apa yang kita bincangkan.
  23. Boleh menangis kerasa kekasihnya.

Thursday, October 23, 2008

0

Vol. 03 Menentukan Saiz Kasut Kulit

Sering kali terjadi kasut yang dipakai menjadi ketat. Tak muat. Puncanya adalah kesilapan memilih saiz kasut ketika membeli kasut dahulu. Kasut yang tidak muat dengan sempurna selalunya memberi kesan 'stress' kepada kaki. Melecet, tumit pecah, kulit kaki menjadi keras adalah antara kesan yang mungkin dihidapi akibat dari memakai kasut yang tidak sesuai dengan saiz kaki.

Adalah penting untuk mencuba kasut yang ingin dibeli agar sepadan dengan saiz kaki. Jangan sekadar bergantung kepada tanda saiz yang terdapat pada kasut tersebut kerana kadang-kadang bentuk kasut itu tidak sesuai dengan kaki anda.

Penting juga ketika anda mencuba kasut dengan memakai stokin yang akan anda gunakan bersama kasut tersebut. Dengan itu, saiz dan keselesaan kaki anda dapat ditentukan. Sekaligus memberikan keselesaan kepada anda bila anda memakai kasut itu kelak.

Ketika mencuba, pastikan anda dalam keadaan berdiri gaya orang sedang berkawat. Dengan keadaan kaki yang tidak bengkok, gerakkan hujung jari anda beberapa minit untuk menentukan tahap keselesaan. Pastikan juga terdapat ruang di antara jari dan hujung kasut.

Berjalan beberapa ketika semasa mencuba kasut tersebut. PAstikan yang ia betul-betul selesa dan muat. Kasut yang sempurna saiznya adalah kasut yang melekap penuh pada kaki tanpa ada ruang antara kasut dan kaki yang terlalu longgar atau terlalu ketat.

Kasut kulit merenggang? Itu fakta yang kurang jelas. Kebanyakan kasut kulit mudah mengecut dan tidak merenggang untuk membentuk mengikut bentuk kaki. Kasut yang muat, selesa dan sempurna harus bermula dari awal pembelian. Ingat. Kasut yang pendek akan terus kekal pendek. Tiada cara untuk merenggangkannya.

Jika kaki anda jenis lebar, anda juga perlu memastikan kaki anda selesa dengan kelebaran kasut tersebut.

Akhir sekali, yang paling penting. Anda tahu fungsi asal dan keperluan anda membeli kasut tersebut. Anda membeli kasut tersebut untuk apa? Mungkin untuk tujuan formal atau mungkin juga untuk tujuan santai.

Selamat jumpa lagi.

0

Vol. 02 Kepentingan Perancangan Kewangan

Antara soalan atau alasan yang biasa didengar. "Nak merancang camne kalau gaji pun cukup-cukup makan! Masuk awal bulan. Habis hujung bulan."

Ya. Mungkin bagi anda, perancangan kewangan tidak penting bila mana pendapatan yang anda perolehi tu, tidak banyak mana. Maksudnya, anda tidak dapat menyimpan dengan gaji anda yang sedikit tu.

Tapi, sebenarnya. Banyak mana pun gaji anda, anda takkan terlepas dengan kesempitan wang. Dengan kata yang lebih mudah, anda akan sentiasa rasa "Masih lagi tak cukup gaji aku ni!"

Cerita pasal cukup atau tidak wang anda adalah bergantung kepada tabiat anda menabung dan menyimpan wang anda sama ada dalam bentuk simpanan atau pelaburan. Selain tu, perbelanjaan yang terkawal juga menjadi faktor utama kepada kecukupan wang untuk anda. Kurangkan berhutang terutama penggunaan kad kredit. Tentunya, bebanan hutang akan menambahkan kegusaran anda akan ketidakcukupan wang anda.

Baiklah. Kita bincang dengan lebih mendalam dan satu persatu tentang kaedah dan cara untuk merancang kewangan anda dengan lebih baik.

Apa yang anda mahu?

Tentukan matlamat anda pada masa akan datang. Gambaran tentang matlamat anda sesungguhnya memberikan anda sedikit motivasi untuk mengurus kewangan anda dengan baik dan memahami akan nilai sebenar wang anda tersebut.

Mungkin anda merancang untuk berkahwin dalam setahun dua ini. Nah. Gunakan matlamat anda itu sebagai pemangkin untuk anda mengurus dan merancang kewangan anda dengan lebih berkhemah lagi.

"Oh. Aku dah nak kahwin. Kena mula menyimpan dan berjimat ni. Hantaran pun dah makin tinggi sekarang."

Mana wang anda pergi?
Berikutnya, anda perlu menyenaraikan segala bentuk perbelanjaan anda sama ada kecil atau besar. Dengan ini, anda akan dapat menjejak ke mana perginya wang tersebut. Dan anda juga dapat menentukan sama ada sesuatu perbelanjaan itu perlu atau membazir. Ingat! Tak semestinya nilai yang besar itu sesuatu pembaziran seperti membayar perlindungan insuran dan nilai yang kecil itu perlu seperti membeli komik dan makanan ringan.

Dengan ini juga, anda dapat menyelidik dan membuat pemerhatian akan tabiat anda berbelanja dan nilai liabiliti yang anda perlu tanggung pada setiap bulan serta baki wang yang anda ada pada hujung bulan.

Sikap dan tabiat perbelanjaan anda
"Dah habis dah gaji aku. Makan mee segera lagi lah!" Kalau itu bentuk keluhan anda. Maka, anda perlu mengubah tabiat anda. Kehabisan atau keputusan wang adalah sesuatu yang dianggap berbahaya. Anda tidak akan tahu akan hal-hal kecemasan yang mungkin berlaku. Takkan nak meminjam kawan pula. Mereka pun mesti sama 'sesak' seperti anda.

Seperti yang saya jelaskan. Teliti perbelanjaan anda. Mungkin ada perbelanjaan bulanan yang perlu anda keluarkan dari senarai 'barang perlu beli' pada setiap bulan.

Anda juga perlu mula membuat simpanan. Simpanan inilah nanti yang akan menjamin keselesaan anda di kala anda memerlukan wang pada waktu kecemasan.
Membuat bajet untuk diri anda.
Mulakan sekarang. Anda perlu mencatit segala bentuk pendapatan dan perbelanjaan anda. Ingat, bukan semua wang pendapatan anda perlu digunakan untuk segala perbelanjaan. Anda perlu agihkan untuk simpanan. Biar sedikit, asalkan berkala. Anda juga perlu agihkan untuk pelbagai jenis hutang seperti kereta, rumah, kad kredit serta perbelanjaan utiliti semasa anda.

Dan sekiranya, anda mempunyai baki yang negatif, maka anda perlu mengubah tabiat perbelanjaan anda.

Tanpa perlu mengupah konsultan pada kos yang tinggi. Anda sebenarnya boleh mengurus dan merancang kewangan anda dengan baik. Apa yang penting adalah nawaitu dan matlamat anda.

Ingat, jangan fikir akan menambah pendapatan. Tapi fikir akan mengurangkan perbelanjaan. Itu yang perlu ditanamkan.

Sampai jumpa lagi.

Wednesday, October 22, 2008

0

Vol. 01 Dari Meja Pengarang

Salam hormat.

Bila berbicara tentang lelaki, sudah tentu bermacam-macam perkara atau benda yang bermain di fikiran anda. betul? Dari sesuatu yang bersifat zahir hingga ke sesuatu yang bersifat batin. Faham-faham je lah.

Mungkin ada beberapa perkara yang kita malu nak berbincang dengan orang lain. Ada sesetengah pula, tak kisah. Itu normal. Namun, kalau malu untuk berbincang dengan orang lain secara berdepan, mungkin boleh berbincang secara on-line. Kan sekarang dah maju. Macam-macam cara ada untuk berhubung.

Di Blog Lelaki Maskulin, saya mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam pelbagai perkara. Mungkin bukan secara sepenuhnya. Tetapi, sedikit sebanyak yang saya tahu, boleh dikongsikan bersama. Mungkin anda juga ada perkara yang mahu dikongsikan. Pun boleh juga melalui ruangan ini.

Apa yang penting dalam menjadi lelaki adalah gentleman. Anda lelaki. Saya juga lelaki. Kita berkongsi hampir perkara yang sama. Jadi, tidak perlu ada perasaan malu kalau mahu memperbaiki diri anda.

Di Blog Lelaki Maskulin, saya berhasrat untuk memberikan pelbagai input yang berguna kepada anda semua. Tujuannya, agar suatu hari nanti anda dapat meningkatkan teraf kehidupan peribadi, sosial, dan kewangan anda.

Apa yang mungkin dikongsikan di Blog Lelaki Maskulin?
  • Kehidupan Peribadi.
  • Kisah Cinta
  • Perkongsian Masalah
  • Pengurusan Kewangan
  • Ulasan Fesyen
  • Aktiviti Santai
  • Info Seks
  • Panduan Kesihatan
  • Dan Lain-Lain
Jadi, jangan lupa untuk terus bersama Blog Lelaki Maskulin bagi mendapatkan infomasi terkini dan hangat yang berkaitan dengan dunia lelaki.

Salam hormat dari saya. Sampai jumpa lagi di keluaran akan datang.